Format rancangan Awesome_Raja_Lawak_Alumni

Program ‘Awesome Raja Lawak #Alumni’ kini bersiaran untuk menggantikan 'Awesome Raja Lawak' yang sudah selesai tayangannya. Masih dikendalikan sepenuhnya oleh Chiwan dan Nizam JJ yang telah diberi kepercayaan untuk menjalankan tugas dan tanggungjawab sebagai hos musim ini.

8 Alumni yang akan berentap di pentas utama ‘Awesome Raja Lawak’ untuk membuktikan bakat dan kebolehan masing-masing dalam bidang Komedi pula adalah terdiri daripada peserta Duo dan Trio.

Sistem pemarkahan program ‘Awesome Raja Lawak #Alumni’ pula akan diadili 100% oleh pihak juri tetap berdasarkan tiga komponen utama penilaian iaitu aspek vokal yang mewakili 50%, persembahan sebanyak 30% dan 20% lagi untuk kreativiti.

Uniknya, markah Peserta yang tertinggi akan dicampurkan dengan markah peserta terendah. Kumpulan yang mencatat markah keseluruhan terendah akan mara ke pusingan penyingkiran. Peserta yang akan tersingkir pada setiap minggu akan dipilih oleh manager kumpulan itu sendiri.

Tiga nama besar yang dilantik sebagai juri tetap program ‘Awesome Raja Lawak’ ialah Saiful Apek, Ayda Jebat serta Khir Rahman.

Senarai Peserta

Mamak, Mamat Sepah, Amir, Abu Mamu, Man Raja Lawak, Caca Dboss, Ilham, Wan Wala, Achok, Chot, Pak Cu, Che Mat, Faiz, Kijat Kintan, Atan Kintan, Momo Okay, Yim Okay, Ajoe Mamu dan Idlan.

Berkaitan